'Video tular itu bermotifkan politik, mahu jatuhkan saya' - Fuziah

Iklan
FUZIAH SALLEH

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh mempersoal tindakan individu menularkan kembali video lama yang dirakam pada Julai lalu berkenaan harga barang.

Menurutnya, video yang tular itu dibuat berdasarkan konteks yang berbeza, namun diputar sehingga naratifnya berubah.

Iklan
Iklan

"Itu sebab saya buat laporan polis kerana ia bermotifkan politik dan mahu jatuhkan saya,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Jumaat.

Pada 20 September lalu, media melaporkan bahawa Fuziah menegaskan video yang tular sejak itu telah diambil di luar konteks dan ia merupakan rakaman pada Julai lalu ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah.

Iklan

Rentetan daripada itu, Pejabat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada Khamis membuat laporan polis berhubung sebuah video tular berkenaan harga barang yang melibatkan Fuziah.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, beliau tidak menafikan harga barang yang dijual di pasaran pada hari ini begitu mencabar.

Iklan

"Saya akui ramai rakyat susah, sebab itu berusaha untuk lakukan apa sahaja dalam ruang lingkup dan juga punca kuasa yang ada pada kementerian. Harap masyarakat memahami,” katanya.