NEW YORK - Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan pertemuan berasingan bersama empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri selepas perbincangan tersebut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kesemua syarikat ini turut menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia.
"Kerajaan Perpaduan juga akan memudah cara serta menggalak pelaburan dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara,” kata Perdana Menteri yang berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ke-78.
Antara yang hadir adalah Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Google Ruth Porat, Presiden Boeing Global Dr Brendan Nelson, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Medtronic Geoff Martha, serta Pengarah Urusan Global, Siemens Healthcare Tisha Boatman.
Pertemuan yang berlangsung di hotel penginapan Anwar di New York itu turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Kadir serta wakil daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Malaysia (Matrade).
Pada sebelah pagi Khamis, Anwar mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark di Harvard Club, New York.
Perdana Menteri juga telah mengadakan perjumpaan bersama ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi, Profesor Joseph Stiglitz daripada Universiti Columbia.
Menurutnya, kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk kedua-dua mereka untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan keperluan ekonomi negara membangun diberi peluang yang lebih saksama, khususnya dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.
"Kami turut berbincang mengenai langkah dan strategi yang boleh dilaksana untuk meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan dan dalam masa yang sama memastikan kemapanan,” katanya.
Anwar berkata mereka juga bersetuju pendidikan yang lebih menyeluruh perlu diberi tumpuan demi bina jati diri dan sahsiah generasi masa hadapan.
"Idea perbincangan akan dimanfaat dan dicambah untuk mempertingkatkan potensi ekonomi negara,” tambahnya. - Bernama.