Sekolah agama perlu dana RM500,000

Iklan
Sekolah berkenaan yang mula beroperasi pada tahun 2013 mempunyai 60 pelajar berusia 13 hingga 18 tahun

YAN - Sekolah Menengah Islam Darul Izzah yang terletak di Kampung Perupuk memerlukan dana sebanyak RM500,000 bagi tujuan menyiapkan infrastruktur yang tergendala.

Pengetuanya, Mohammad Iqbal Abu Yaziz berkata, dana yang diperlukan adalah untuk menyiapkan bangunan kelas, surau dan sebuah dewan.

Iklan
Iklan

Katanya, sekolah berkenaan yang mula beroperasi pada tahun 2013 mempunyai 60 pelajar berusia 13 hingga 18 tahun.

"Pelajar juga kurang selesa dengan infrastruktur yang tidak lengkap ini namun disebabkan masalah kewangan kita tidak mampu melakukan sebarang gerak kerja," katanya.

Iklan
Pelajar juga kurang selesa dengan infrastruktur yang tidak lengkap ini.

Menurut Mohammad Iqbal dinding kelas juga hanya dibuat dengan menggunakan kain dan tingkap kelas juga masih belum dipasang.

"Saya sangat mengalu-alukan bantuan daripada pihak luar bagi membolehkan pembangunan untuk anak-anak di sini dapat diteruskan dan siap dengan sempurna," katanya.

Iklan

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun Bank Islam 02084010035015 atas nama Tabung Pembangunan Darul Izzah atau Bank Rakyat 110651002143 atas nama Sekolah Menengah Islam Darul Izzah.