KPM lancar garis panduan tangani buli, gangguan seksual pelajar

Iklan
Fadhlina menerima buku Garis Panduan Pengurusan Buli dan Gangguan Seksual selepas melancarkannya di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin pada Jumaat.

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan garis panduan pengurusan buli dan gangguan seksual di institusi pendidikan bagi mengekang gejala salah laku itu dalam kalangan pelajar.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kedua-dua garis panduan itu amat penting dan akan diguna pakai di semua institusi pendidikan di bawah seliaan KPM bagi memastikan kedua-dua isu berkenaan dapat diatasi sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelaksanaan garis panduan merangkumi pelbagai komponen itu akan diperincikan melalui surat pekeliling yang akan dikeluarkan pihaknya ke semua institusi pendidikan.

"Ini komitmen besar kita dan sebab itu juga saya sebut bahawa tiga dosa besar di peringkat KPM ialah buli, gangguan seksual dan perkauman. Kesalahan ini kita tidak akan kompromi dalam KPM.

Iklan

"Garis panduan ini akan digunakan di semua institusi pendidikan di bawah KPM ini, bukan di sekolah sahaja malah matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Guru," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Jumaat.

Fadhlina (duduk tiga kiri) bersama pegawai KPM dan murid-murid yang hadir pada majlis perasmian Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik, pada Jumaat.

Terdahulu, Fadhlina melancarkan dua garis panduan itu di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, di sini selain merasmikan Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik.

Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, menerusi program berkenaan, ia memberi bimbingan dan kesedaran kepada murid tentang bahaya gejala buli terhadap mental dan fizikal, selain meningkatkan pengetahuan murid daripada aspek peraturan, undang-undang serta hukuman atas kesalahan yang dilakukan.

Jelasnya, ia juga dapat mendidik murid agar mempunyai jati diri untuk tidak terlibat dengan salah laku buli.

Ditanya mengenai situasi masalah buli yang berlaku pada masa ini, beliau berkata, ia masih terkawal memandangkan pihaknya mempunyai proses kerja yang efisien.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan proses ini, boleh ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana tindakan yang telah kita lakukan," katanya.