ATLET boling wanita negara, Nerosha Keligit Thiagarajan telah melafazkan dua kalimah syahadah untuk menjadi saudara baharu Islam pada Jumaat.
Nerosha mengakui gembira dan tenang selepas melafazkan syahadah di Bilik Hidayah, Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dia tertarik dengan Islam kerana kehidupannya sebagai seorang atlet dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim yang mengerjakan ibadah Islam.
Dia memeluk Islam di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Perkim Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah.
Nerosha berkata, penghijrahannya itu merupakan keputusan yang telah lama difikirkan secara mendalam dan telah mendapat restu oleh ahli keluarganya serta rakannya.
Dia pernah mengharumkan nama Malaysia dengan meraih emas Kejohanan Dunia pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat selain memenangi perak pada temasya Sukan Sea 2021 di Hanoi selepas menduduki tempat kedua dalam acara berpasukan wanita.
Artikel Berkaitan