Isu beras: Anwar akan pengerusi mesyuarat NACCOL pada 3 Oktober

Iklan
Armizan

BENTONG - Langkah penyelesaian jangka panjang membabitkan isu beras dijangka diumumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) pada 3 Oktober depan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan gangguan bekalan tersebut di pasaran.

Iklan
Iklan

"Dalam mesyuarat itu (pada 3 Oktober), satu keputusan akan dibuat dan biarlah Menteri Pertanian yang akan diumumkan.

"Tapi, yang paling penting sekarang sama ada KPKM atau KPDN dan kerjasama kerajaan negeri dapat bersama memastikan tidak berlaku lagi gangguan bekalan beras tempatan di pasaran.

Iklan

"Kita (juga) mahu tawarkan bekalan beras tempatan dan import pada harga munasabah sekali gus dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di seluruh peringkat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi walkabout program Jualan Rahmah peringkat negeri Pahang di Simpang Pelangai di sini, pada Jumaat.

Iklan
Armizan bersama Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang pada sesi walkabout program Jualan Rahmah peringkat negeri Pahang di Simpang Pelangai pada Jumaat.

Mengulas lanjut program Jualan Rahmah itu, Armizan menjelaskan kerjasama strategik bersama sebuah pasar raya menawarkan 30 item barangan keperluan harian terdiri daripada barangan kering dan basah.

Jelasnya, potong harga bermula 10 hingga 30 peratus daripada harga pasaran dan jualan itu diadakan secara bersama dengan jualan Agro Madani yang dilaksanakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang.

Tambah beliau, antara barangan yang ditawarkan adalah seperti telur ayam, minyak masak 5 kilogram, tepung gandum dan lain-lain barangan keperluan asas.

"Program ini memberi manfaat kepada lebih 2,000 pengunjung," ujarnya.