JKM cari waris Jevaraj

Iklan
JKM Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan waris kepada seorang lelaki dikenali Jevaraj.

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan waris kepada seorang lelaki dikenali Jevaraj berusia anggaran 58 tahun yang telah menjadi penghuni di sebuah institusi JKM sejak 2006.

Pegawai Penguat Kuasa Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah, Faiq Hijan Ismail berkata, lelaki terbabit sebelum ini telah dirujuk oleh Hospital Bukit Mertajam pada tahun 2006 selepas menerima rawatan di hospital berkenaan tanpa sebarang dokumen.

Iklan
Iklan

Menurutnya, individu berkenaan gagal untuk memaklumkan secara jelas berkaitan warisnya.

"Pihak JKM juga telah membuat carian cap jari dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun mendapati tiada rekod sepadan dijumpai bagi mengesahkan identiti penama," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Faiq Hijan berkata, orang ramai atau waris yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diharap menghubungi Unit Penguatkuasaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah di talian 04-5385707 dengan kadar segera.

Jelasnya, ia bertujuan untuk membantu perihal penempatan dan penjagaan penama selanjutnya.

Iklan