SK Permatang To' Kandu terbakar

Iklan
Tiga buah kelas musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada petang Jumaat.

PERMATANG PAUH - [DIKEMAS KINI] Lima bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 6.02 petang sebelum beberapa pasukan bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian mendapati kebakaran berlaku di tingkat atas bangunan empat tingkat sekolah berkenaan.

"Kebakaran melibatkan lima buah kelas. Tiga buah kelas didapati musnah keseluruhannya manakala dua buah kelas terbakar 40 peratus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Anggota bomba dan penyelamat melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran. Antara bilik darjah yang terbakar.

Difahamkan, ketika kejadian tiada murid yang berada dalam kawasan sekolah berkenaan.

Menurutnya, apa marak dapat dikawal pada jam 6.30 petang dan operasi pemadaman juga turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela berdekatan.

Iklan

Setakat ini, kerja-kerja memadamkan kebakaran masih giat dijalankan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijangka melawat lokasi kejadian pada malam ini.