Ronaldo bergaya peraga jubah, serban

Iklan
Ronaldo (tengah) bersama beberapa pemain utama Al-Nassr seperti Sadio Mane turut memakai jubah dalam video tersebut.

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo buat julung kalinya memperagakan pakaian tradisional 'Pak Arab' apabila mengenakan jubah serta serban.

Situasi itu dipaparkan menerusi sebuah video yang dimuat naik Al-Nassr di laman sosial kelab itu.

Iklan
Iklan

Kapten Portugal dilihat cukup bergaya mengenakan pakaian itu sambil turut memegang sebilah pedang yang cukup sinonim dengan pahlawan Arab.

Beberapa pemain utama Al-Nassr seperti Sadio Mane turut memakai jubah dalam video tersebut.

Iklan

Video yang berdurasi 2 minit 35 saat itu turut memaparkan sekumpulan kanak-kanak teruja melihat kehadiran ramai pemain ternama menyertai kelab berkenaan.

Ronaldo juga dilihat menari-menari dalam video itu dengan mengikut rentak irama paluan gendang Arab.

Iklan

Sebagai rekod, pemenang lima kali Ballon d'Or itu membuat keputusan mengejut apabila memilih beraksi di Asia dengan menyertai kelab Arab Saudi Al-Nassr dengan menerima lebih 400 juta euro (RM1.84 bilion) untuk perpindahan itu.

Ia termasuk 200 juta euro (RM919.99 juta) bagi membantu Arab Saudi membida hak penganjuran Piala Dunia 2030.