Pemilik anjing di Pelangi Heights Apartment dikompaun

Iklan
Tujuan operasi adalah untuk memastikan setiap pemilik anjing peliharaan tidak memelihara anjing di bangunan strata.

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 10 notis kompaun kepada pemilik anjing di Pelangi Heights Apartment, Jalan Pelangi Klang di sini.

MPK mengambil tindakan itu menerusi operasi bersepadu penguatkuasaan anjing peliharaan bagi bangunan bertingkat (Strata) di bangunan berkenaan pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

"Tujuan operasi ini adalah untuk memastikan setiap pemilik anjing peliharaan tidak memelihara anjing di bangunan strata.

Penguatkuasa MPK mengambil tindakan menerusi operasi bersepadu penguatkuasaan anjing peliharaan bagi bangunan bertingkat pada Khamis lalu.

"Ia sebagai salah satu langkah pengawalan terhadap pemilik-pemilik anjing di dalam memelihara anjing dengan mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Tambahnya, tindakan notis kompaun yang dikeluarkan adalah di bawah kesalahan UUK 8(2) Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007.

"Operasi ini akan dijalankan secara berterusan ke kawasan-kawasan yang lain," katanya.

Iklan