Pochettino enggan salahkan pasukan perubatan Chelsea

Iklan
Pochettino

MAURICO Pochettino menegaskan jabatan perubatan Chelsea tidak boleh dipersalahkan atas deretan kecederaan pemain yang melanda pasukan itu dalam permulaan musim ini.

Krisis kecederaan Chelsea menyebabkan Pochettino hanya mempunyai 15 pemain utama yang cergas ketika mencatat keputusan seri menentang Bournemouth hujung minggu lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Iklan
Iklan

The Blues tidak dapat membawa 12 pemain bintang yang cedera ketika menentang Bournemouth, memaksa Pochettino memasukkan tiga pemain berusia bawah 19 tahun yang tidak mempunyai pengalaman dalam pasukan utama di bangku simpanannya, serta dua penjaga gol.

Christopher Nkunku, Reece James, Romeo Lavia, Wesley Fofana, Carney Chukwuemeka, Trevoh Chalobah dan Moises Caicedo adalah antara pemain yang mengalami kecederaan.

Iklan

Chelsea ketika ini berada di tangga ke-14 dengan satu kemenangan daripada lima perlawanan menjelang pertembungan Aston Villa Ahad ini.

"Sebelum kami tiba di sini, kami melakukan segala-galanya untuk mencari punca mengapa terdapat terlalu banyak kecederaan.

Iklan

"Ia mengenai profil pemain, risiko pemain. Ia bukan orang yang bekerja di kakitangan perubatan.

"Saya fikir kita perlu menghormati bidang ini kerana di kelab meraka adalah profesional. Itulah sebabnya mereka bekerja dalam bola sepak. Tetapi terdapat risiko individu kepada pemain tertentu.

"Kemudian ada nasib malang. Kami mempunyai kecederaan yang mungkin berlaku dalam satu musim atau mungkin dalam dua, tetapi telah berlaku kepada Chelsea kerana situasi berbeza yang anda tidak boleh kawal," katanya.