Lelaki hilang disambar buaya ketika memancing

Iklan
Operasi SAR mencari mangsa hilang akibat dibaham buaya dilakukan dengan menyusuri tebing sungai menggunakan bot oleh pasukan bomba di Kota Belud.

KOTA BELUD - Seorang lelaki yang sedang memancing hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di jeti Mantanani di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam, Yusri Dulpi, 20, bersama rakannya memancing di jeti berkenaan sebelum disambar reptilia terbabit.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.26 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba segera ke lokasi dengan yang terletak sejauh 25 kilometer dari BBP Kota Belud.

Iklan

Operasi SAR hari kedua dimulakan pada radius pencarian satu kilometer dengan menyusuri tebing sungai menggunakan bot.


"Tindakan pasukan bomba selepas mendapatkan maklumat mangsa, seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan jeti berkenaan. Namun mangsa masih tidak ditemui," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, operasi kemudian disambung semula bersama agensi penyelamat yang lain pada jam 6.58 pagi Sabtu.

Iklan

"Operasi SAR yang memasuki hari kedua dimulakan pada radius pencarian satu kilometer dengan menyusuri tebing sungai menggunakan bot.

"Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Sebelum itu, antara agensi yang terlibat dalam SAR ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hidup Liar (JHL).