Amizar fokus anak muda, tekad sambung legasi Allahyarham Johari

Iklan
Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam (tiga, kanan) bersama penyokong tiba di pusat penamaan calon bagi PRN Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul pada Sabtu. - Foto Bernama.

BENTONG - Tumpuan terhadap pembangunan, kebajikan dan kehendak golongan anak muda menjadi fokus tambahan calon Barisan Nasional (BN), Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam.

Menurutnya, ia menjadi manifesto tambahan selain meneruskan agenda yang dirancang Allahyarham Datuk Seri Johari Harun sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Kita ingin mengekalkan kemenangan serta meningkatkan majoriti undi agar perancangan dibuat Allahyarham juga dapat diteruskan," katanya ditemui selepas penamaan calon PRK DUN Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, di sini pada Sabtu.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

Iklan

Sementara itu, dalam program berasingan, Amizar menegaskan tidak pernah mengambil mudah terhadap cabaran dari PN dalam memastikan kemenangan BN di DUN Pelangai.

Ia sebagai respon kepada pendirian dinyatakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, bahawa BN tidak boleh ambil mudah dan terlalu yakin meskipun mempunyai rekod majoriti selesa pada PRU lepas.

Iklan

"Setiap kali pilihan raya kita memang tidak perlu ambil mudah sebab setiap pertandingan mesti nakkan kemenangan.

"Sebab itu saya mohon dengan kerjasama semua jentera, kena kerja kuat kerana kita perlu menang," katanya.