Didakwa main golf semasa UNGA: SUA Saifuddin Nasution akan fail saman

Iklan
Muhammad Zakwan turut memuat naik gambarnya yang sedang menikmati hidangan kenduri dalam hantarannya di Facebook pada Sabtu.

SHAH ALAM - Setiausaha akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal akan memfailkan saman berhubung dakwaan tular kononnya beliau bermain golf semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di Amerika Syarikat (AS).

Muhammad Zakwan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau akan membuat laporan polis terhadap individu yang membuat dakwaan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya ada dekat Negeri Sembilan tengah makan kenduri. Tak sangka ada orang tularkan saya tengah main golf di Pebble Beach, AS.

"Lepas makan kenduri ni nak pergi balai polis dan cari peguam. Untung sabut menang saman insya-Allah," kata Bendahari PKR Cabang Tasek Gelugor itu dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Seorang pemilik akaun Facebook sebelum itu mendakwa Muhammad Zakwan sedang bermain golf di Pebble Beach yang merupakan kawasan kejohanan golf ikonik dunia ketika sedang berlangsungnya UNGA di negara terbabit.

Individu terbabit turut memuat naik lima keping gambar kononnya memaparkan Muhammad Zakwan sedang bermain golf dan tangkap layar maklumat jawatannya dan info tempat peranginan Pebble Beach.

Iklan

Dakwaan itu ditimbulkan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama menteri kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ini berada di AS dan menghadiri UNGA ke-78.

Anwar juga muncul sebagai pemimpin asing pertama yang diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY) di depan lebih 800 jemaah sempena kunjungannya ke negara berkenaan.