BANGKOK - Seorang pelajar berusia 15 tahun maut selepas ditikam 'musuh ketat' berusia 14 tahun dipercayai akibat bertengkar di sebuah sekolah di wilayah Chacheongsao, Bangkok.
Pemimpin masyarakat, Korrakot Tungphan memberitahu Rathai bahawa dia menerima berita tersebut pada jam 5 petang (waktu tempatan) pada Jumaat dan bergegas ke sekolah itu.
Semasa tiba di sekolah itu, dia terserempak dengan sekumpulan guru dan pelajar yang panik ketika ibu bapa dan pengetua membawa mangsa ke hospital.
Dia memaklumkan insiden itu kepada pegawai dari Balai Polis Tha Takiap, yang kemudian menyoal saksi di sekolah itu.
Mangsa mengalami kesan tiga tikaman di badan semasa pertengkaran tersebut.
Semasa tiba di hospital, pakar perubatan di Hospital Tha Takiap melakukan bantuan pernafasan (CPR) beberapa kali tetapi malangnya, mereka tidak dapat menyelamatkan nyawa pelajar malang itu.
Menurut saksi, suspek dan mangsa dilihat sering bertengkar sejak beberapa hari lalu.
Pada hari kejadian, mereka dilihat bertengkar lagi dan pelajar itu mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa.
Nenek mangsa, Amara Panthong, memberitahu Nation TV bahawa seorang guru meminta hadir di sekolah pada hari kejadian
Sejurus tiba, dia dikejutkan dengan keadaan huru-hara dan kedengaran beberapa pelajar menjerit.
Amara berkata dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat cucunya yang cedera parah akibat ditikam dan menemaninya menaiki ambulans ke hospital berdekatan.
Sehingga kini, motif pertengkaran itu masih belum disahkan dan penyerang berada dalam tahanan polis di untuk siasatan lanjut. - Agensi