Mufti perlu jelaskan isu libat hukum agama, elak manipulasi politik

Iklan
Mohd Na’im

SHAH ALAM - Mufti di semua negeri perlu tampil memberi penjelasan sekiranya ada perkara berbangkit mengenai isu berkaitan agama bagi mengelak perkara tersebut dimanipulasi pihak tertentu termasuk ahli politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, peranan mufti sangat penting dalam menjelaskan sesuatu hukum kepada masyarakat agar tidak wujud kekeliruan.

Iklan
Iklan

"Saya menyeru sohibus samahah mufti-mufti tampil perjelaskan isu melibatkan hukum bagi mengelakkan manipulasi politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How membangkitkan kemarahan pihak tertentu apabila didakwa membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran dan videonya tular di media sosial baru-baru ini.

Iklan

Susulan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegur perbuatan pemimpin DAP berkenaan.

Ujarnya, tindakan mentafsir al-Quran sewenang-wenangnya itu disifatkan sebagai mempermainkan kalam ALLAH SWT dan tidak boleh diterima sama sekali serta sesiapa yang bertindak sedemikian boleh didakwa di mahkamah kerana menghina agama Islam.

Iklan

Dalam masa sama, Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Datuk Zuraida Kamaruddin memaklumkan, Howard perlu segera memohon maaf di atas perbuatan tersebut.