City kekalkan permulaan sempurna

Iklan
Haaland (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketikan menentang Nottingham Forest. - Foto AFP

MANCHESTER City mendahului lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Nottingham Forest 2-0 pada Sabtu.

Phil Foden dan Erling Haaland menjaringkan gol dalam tempoh 15 minit pertama ketika City meneruskan permulaan sempurna dengan enam kemenangan berturut-turut dalam EPL.

Iklan
Iklan

City juga telah memenangi 20 perlawanan di tempat sendiri berturut-turut dalam semua pertandingan, tetapi terpaksa bekerja keras ketika menentang Nottingham selepas Rodri dibuang padang.

Pemain Sepanyol itu mencengkam leher Morgan Gibbs-White pada separuh masa kedua dan bakal terlepas kunjungan ke Arsenal bulan depan.

Iklan

Penggantungan Rodri bakal menimbulkan masalah kepada City selepas kehilangan Bernardo Silva akibat kecederaan dalam kemenangan 3-1 ke atas Red Star Belgrade.

Namun, kecederaan yang menimpa ramai pemain City memberikan Matheus Nunes untuk memulakan liga pertamanya sejak berpindah dari Wolves dan dia memberi impak positif dengan melakukan bantuan gol kedua untuk Haaland.

Iklan

Pemain Portugal itu bermain satu-dua dengan Foden sebelum menghantar bola kepada Haaland membolehkan pemain Norway itu mencetak gol kesembilannya musim ini.

Dalam perlawanan lain, Luton meraih mata pertama EPL ketika seri 1-1 di tempat sendiri menentang Wolves manakala Crystal Palace dan Fulham terikat tanpa jaringan di Selhurst Park.