JDT lolos ke separuh akhir

Iklan
Syamer Kutty (kiri) mempamerkan aksi cemerlang di benteng pertahanan. - Foto FB Johor Southern Tigers

BIARPUN menurunkan ramai pemain yang jarang beraksi dalam kesebelasan utama, skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah slot ke separuh akhir Piala Malaysia hasil kemenangan 4-1 (aggregat 7-1), kepada Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Ibrahim, pada Ahad.

Menurut pengendali JDT, Esteban Solari kesemua pemain yang beraksi turut mempamerkan rentak permainan yang baik walaupun ramai yang baru sahaja pulih daripada kecederaan.

Iklan
Iklan

"Kesemua pemain yang diturunkan memberikan aksi terbaik malah mereka (pemain), turut menjaringkan gol pada perlawanan ini.

"Bagaimanapun, saya juga mengakui pemain telah mula ‘hilang’ rentak pada separuh masa kedua, namun di penghujung perlawanan saya cuba juga menurunkan Fernando Forestieri.

Iklan

"Hasilnya, dia turut menjaringkan gol dan diharapkan ia (gol) mampu mengembalikan semula keyakinan dan semangatnya untuk kembali beraksi,” katanya.

Solari berkata demikian pada sidang media sejurus tamat perlawanan pada Sabtu.

Iklan

Mengulas mengenai prestasi Mohamed Syamer Kutty Abba yang diminta untuk beraksi di posisi tengah, pertahanan ternyata bertahan telah mempamerkan aksi yang cukup baik.

Katanya, Syamer Kutty merupakan salah seorang pemain yang penting bagi JDT ketika ini.

"Begitu juga dengan Forestieri (Fernando) yang baru pulih daripada kecederaan dialaminya.

"Lagi pun, inilah masanya untuk kita berikan peluang kepada pemain-pemain ini untuk mendapat minit permainan dan membina semula tahap keserasian bersama rakan-rakan sepasukan,” katanya.