Alumni Inapan Kasih Sayang jadi duta kecil sebar luas kepentingan zakat
Iklan
Seramai 15 orang bekas penghuni Inapan Kasih Sayang lepasan SPM telah menerima komputer riba daripada ZPP bagi memudahkan pembelajaran mereka.
BUTTERWORTH - Hampir 1,000 anak-anak asnaf mendapat manfaat dan pendidikan lengkap menerusi asrama Inapan Kasih Sayang yang dikendalikan Zakat Pulau Pinang (ZPP) sejak ditubuhkan pada 2012.
Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali berkata, ramai dalam kalangan bekas penghuni telah berjaya mengejar cita-cita tidak kurang ada yang masih menyambung pengajian di institusi pendidikan dalam dan luar negara selain ada yang telah berumah tangga.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kesemua mereka kini dilantik menjadi duta-duta kecil ZPP bagi menyebar luas maklumat dan kepentingan berzakat kepada masyarakat.
"Manjadi harapan kita untuk melihat mereka ini terus berperanan penting kepada masyarakat tak kira apa bidang sekalipun sekaligus membuktikan program yang diusahakan oleh ZPP ini mampu melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu mengubah kehidupan dan ekonomi mereka kearah lebih baik," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui menghadiri majlis meraikan anak-anak Inapan Kasih Sayang dari tahun 2012 sehingga 2017 yang diadakan di Perai di sini.
Pada majlis yang sama seramai 15 orang bekas penghuni Inapan Kasih Sayang lepasan SPM telah menerima komputer riba daripada ZPP bagi memudahkan pembelajaran mereka.
Iklan
Inapan Kasih Sayang ditubuhkan oleh ZPP bagi membantu anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang lengkap dan sempurna dari sekolah sehingga ke asrama melalui pembiayaan yuran dan bantuan pakaian seragam sekolah, kemudahan kelas tuisyen, kelas agama, perpustakaan mini, bilik komputer dan sebagainya.
Inapan Kasih Sayang mula dibuka secara rasminya pada sesi persekolahan 2012 kepada murid-murid darjah empat, lima dan enam dengan pengambilan pertama seramai 86 orang dengan 52 orang pelajar perempuan dan 34 orang pelajar lelaki.
Semua penghuni asrama ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Kepala Batas.
Mengulas lanjut, Amran berkata, kini semua bekas penghuni mempunyai mempunyai tanggungjawab untuk membantu pula adik-adik mereka yang masih menginap di Rumah Inapan Kasih dan tidak lupa menjadi pembayar zakat.
Tambahnya,alumni Inapan Kasih Sayang kini berperanan secara langsung dalam meningkatkan imej institusi berkenaan dan nama baik ZPP.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam