Manchester City pamerkan perwatakan hebat

Iklan
Haaland FOTO: AFP

MANCHESTER City mempamerkan perwatakan hebat untuk menewaskan Nottingham Forest 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad walaupun terpaksa bermain separuh daripada perlawanan dengan 10 pemain, kata pengendali Pep Guardiola.

City mendahului 2-0 hasil jaringan Phil Foden (m-7) dan Erling Haaland (m-14) yang menyaksikan dominasi penyandang juara tersebut.

Iklan
Iklan

Namun kad merah Rodri pada minit pertama separuh masa kedua menyaksikan peranan diterbalikkan apabila pasukan tuan rumah terpaksa berhempas pulas untuk menang.

"Kami bermain dan saya boleh katakan, minit ke-51, minit ke-52, sepuluh lawan 11, jadi ia tidak mudah, tetapi kami hebat.

Iklan

"Saya fikir cara kami bermain pada separuh masa pertama menakjubkan menentang pasukan menampilkan aksi fizikal dan kepantasan bahagian depan,” kata Guardiola.

Dalam pada itu, pengendali Forest, Steve Cooper kecewa kerana para pemain pelawat tidak memanfaatkan sebaiknya selepas Rodri dibuang padang.

Iklan

"Permainan boleh pergi kedua-dua arah apabila anda ketinggalan 2-0. Dan seharusnya situasi selepas insiden kad merah

"Seharusnya kami menjadi pasukan yang agresif dan mendesak. Saya mahu kami menunjukkan lebih kualiti,” kata Cooper.

Keputusan di Stadium Etihad itu menyaksikan City kekal di kedudukan teratas sebagai satu-satunya pasukan yang tidak kehilangan mata setakat musim ini, manakala Forest berada di tangga ke-10 dengan tujuh mata daripada enam perlawanan mereka.