SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menasihati Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How agar tidak lagi mengulangi perbuatan memetik atau merujuk ayat-ayat al-Quran dalam memberikan pandangannya berhubung hal berkaitan politik.
Asyraf Wajdi berkata, ia bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.