SPRM akan panggil Radzi Jidin

Iklan
Radzi Jidin

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bagi membantu siasatan berhubung projek membabitkan percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Ada kemungkinan besar (dipanggil) tetapi bukan sekarang," katanya pada Ahad.

Pada Sabtu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan dua individu termasuk bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan.

Iklan

Mereka ditahan jam 11 malam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya, sebelum Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah Halid membenarkan permohonan menahan reman kedua-dua individu itu selama empat hari.

Radzi dalam kenyataan sebelum ini menafikan terbabit dalam sebarang dakwaan berkaitan siasatan rasuah ke atas projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta.

Iklan