KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas kegiatannya disyaki menjalankan sindiket meminta sedekah di sekitar ibu kota terbongkar.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan insiden terbabit.
Iklan
Iklan
Berdasarkan video berdurasi 22 saat yang tular sejak Jumaat, wanita itu dilihat berang dan menunjukkan isyarat lucah kepada lelaki yang merakamkan perbuatannya itu.
Menerusi klip berkenaan, wanita itu disyaki melakukan kegiatan meminta sedekah bersama pasangannya yang juga seorang lelaki warga asing bersama seorang kanak-kanak.
Di dalam video terbabit, individu yang merakam pasangan berkenaan turut didengar mahu mengadukan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.