Tentera Israel bunuh dua rakyat Palestin di Tebing Barat

Iklan
Penduduk melihat kerosakan di kem pelarian Nur Shams di bandar utara Tulkarem di Tebing Barat, berikutan serbuan tentera Israel. - Foto AFP

TULKAREM (Palestin) - Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Pegawai hospital tempatan berkata, rakyat Palestin itu maut dalam serbuan oleh tentera Israel di kem di bandar Tulkarem dari beberapa tempat lain.

Iklan
Iklan

Saksi berkata, pertempuran bersenjata berlaku antara penduduk Palestin dan tentera Israel, dengan tentera Israel merosakkan jalan di kem dan kenderaan Palestin dengan jentolak, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Agensi Berita WAFA, rakyat Palestin yang terbunuh dikenal pasti sebagai Asaad Jab'awi, 21, dan Abdurrahman Suleiman Abu Daghash, 32.

Iklan
Iklan

Tentera Israel masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai serbuan itu. - Bernama- Anadolu