Perkembangan kesihatan Sufi Syafrina bertambah baik

Iklan
Keadaan terkini Sufi Syafrina setakat jam 2.15 petang pada Sabtu.

SHAH ALAM - Perkembangan kesihatan Sufi Syafrina Mohd Shafiq yang menghidap penyakit genetik Atfori Otot Spina (SMA) jenis satu bertambah baik selepas dilaporkan kritikal pada Jumaat.

Bapa kepada bayi berusia enam bulan itu, Mohd Shafiq Idrus, 38, berkata, paras oksigen Sufi Syafrina semakin meningkat kepada 80 sehingga 100 peratus, namun masih dipantau sepenuhnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Sufi Syafrina kini dibenarkan minum susu dan tidak perlu berpuasa lagi memandangkan kadar oksigennya bertambah baik setakat jam 2 petang.

"Alhamdulillah, pagi ni semakin surut dan keadaannya lebih sihat,” katanya dengan penuh hiba kepada Sinar Harian.

Iklan

Pada Jumaat, paras oksigen adik Sufi menurun kepada 30 peratus secara tiba-tiba menyebabkan keadaannya agak tenat.

Tambah Shafiq, doktor memberikan antibiotik dos paling tinggi setiap satu jam dengan bantuan mesin dan dimasukkan air ke dalam badan.

Iklan

"Gejala penyakit ini kepada kanak-kanak adalah air liur yang banyak sehingga meleleh, tetapi tidak berlaku kepada dia.

"Jangkitan kuman di paru-paru sebelah kanan ada lagi dan semakin lemah,” ujarnya.