Semua Tabika Kemas bakal dilengkapi kemudahan internet

Iklan
Kemas juga merancang untuk membekalkan peralatan atau alat peranti digital seperti televisyen pintar, komputer riba dan akses internet ke tabika kelolaan jabatan itu di seluruh negara secara berfasa. - Foto Bernama

KUCHING - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah menjalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua Tabika Kemas, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Katanya, setakat ini, sebanyak 51 buah tabika di Sarawak telah menerima manfaat dari kerjasama strategik itu dan akan diteruskan secara berfasa.

Iklan
Iklan

"Kementerian terus komited untuk merealisasikan hasrat ini bagi memastikan anak-anak Tabika Kemas di luar bandar khususnya di Sarawak tidak ketinggalan dalam era digital ini,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Hari Potensi Kemas Peringkat Negeri Sarawak di sini pada Ahad.

Menurutnya, Kemas juga merancang untuk membekalkan peralatan atau alat peranti digital seperti televisyen pintar, komputer riba dan akses internet ke tabika kelolaan jabatan itu di seluruh negara secara berfasa.

Iklan

Beliau berkata, ia seiring dengan pembelajaran abad ke-21 yang telah mengubah persekitaran pendidikan awal kanak-kanak di Kemas yang menjadi semakin mencabar dengan kepesatan perkembagan teknologi masa kini.

"Antara pelaksanaan dalam program ini adalah mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pemudahcaraan dalam kelas yang diintergrasikan dengan teknologi digital.

Iklan

Hari Potensi Tabika Kemas itu merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan secara tahunan dan melibatkan tiga peringkat iaitu daerah atau Parlimen, negeri dan kebangsaan bagi melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dari sudut akademik, sukan dan bakat. - Bernama