Bekalan makanan di Pasir Gudang ada cuma cepat habis - Penduduk

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil dari kiri: Huzalizan, Zainab, Yaacob

PASIR GUDANG - Penduduk di daerah ini bimbang apabila bekalan beras putih tempatan, minyak masak, gula pasir dan telur ayam terputus atau berkurangan di kedai serta pasar raya sejak beberapa hari lalu.

Huzalizan Misron, 50, berkata, masalah bekalan bahan makanan tersebut masih boleh diperoleh di kedai-kedai di sini tetapi cepat habis.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun tidaklah sampai sampai ke tahap terputus bekalan seperti yang didakwa Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim semalam.

"Ada cuma berkurangan jadi kita kena ada insiatif macam mana nak cari kena pergi banyak tempat.

"Kita bimbang bila panik memang bekalan akan terputus," katanya ditemui di Pasar Tani Permas Jaya di sini pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, Hassan mendakwa, beras, minyak masak, gula pasir dan telur ayam sudah terputus bekalan di daerah ini dan penduduk marah sebelum meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengadakan jualan Rahmah bagi mengatasi masalah itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh dalam maklum balas segera pada Sabtu berkata, dua program Jualan Rahmah akan diadakan hujung minggu ini bagi mengatasi masalah itu.

Iklan

Selain itu sejak Sabtu, tular berkenaan ketiadaan bekalan beras di sebuah pusat beli belah di Permas Jaya sebelum terdedah pek beras putih tempatan sebenarnya ada tetapi disorokan dan dijual kepada warga asing.

Zainab Reduan, 56, berkata, walaupun bekalan tidak cukup tetapi keadaan masih lagi terkawal dan tidak sehingga berlaku pembelian panik.

Katanya, orang ramai masih boleh pergi mendapatkan bekalan di banyak tempat sekitar daerah ini.

"Sebenarnya pada saya bekalan tak putus. Cuma tidak mencukupi. Contoh ambil telur walaupun banyak datang dia (peniaga) akan beri sama rata. Sana beri sikit, sini beri sikit tetapi tidak banyak, tiga hari boleh tahan. Boleh cari tempat lain. Banyak kawasan sebenarnya," ujarnya.

Bagi Yaacob Jahit, 67, pula berharap KPDN dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

"Apa guna kita ada menteri, kalau kita tidak ada menteri, lebih baik kita buat sendiri je lagi senang," katanya.