KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan semasa banjir

Iklan
Nie Ching - Foto Bernama

BUTTERWORTH - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi (telco) supaya bersedia untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa musim tengkujuh yang boleh mengakibatkan bencana alam seperti banjir.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, peranan KKD semasa banjir adalah untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan supaya usaha menyelamat dan bantuan segera kepada mangsa banjir berjalan lancar.

Iklan
Iklan

"Kementerian sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir dan memohon pengguna membuat aduan sekiranya terdapat gangguan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan terjejas banjir,” katanya kepada Bernama selepas majlis perjumpaan dengan sayap pemuda DAP Pulau Pinang, di sini pada Ahad.

Nie Ching, yang juga Ketua Wanita DAP Kebangsaan berkata, beliau akan teruskan jelajah berjumpa dengan semua ahli pemuda DAP di setiap negeri untuk mendengar pandangan dan isu berkaitan mereka.

Iklan

Pulau Pinang merupakan persinggahan keempat dalam siri jelajah beliau selepas Lembah Klang, Melaka dan Sarawak.

"Ini merupakan peluang terbaik untuk mereka mengutarakan sebarang isu atau pandangan supaya jawatankuasa kebangsaan parti boleh ambil maklum," katanya. - Bernama

Iklan