KL City mara separuh akhir Piala Malaysia

Iklan
Morales

JUARA empat kali, Kuala Lumpur (KL) City FC mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Malaysia pada Ahad.

KL City mara selepas menang agregat 2-1 ke atas Sri Pahang FC dalam perlawanan suku akhir.

Iklan
Iklan

The City Boys dalam perlawanan suku akhir pertama menewaskan skuad Tok Gajah, 1-0, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada 17 September lalu.

Dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Darul Makmur, angkatan Nenad Bacina yang berbekalkan satu gol bermula garang apabila memimpin separuh masa pertama 1-0.

Iklan

Gol The City Boys dijelmakan hasil tandukan padu bintang sensasi Romel Morales pada minit ke-29.

Separuh masa kedua, angkatan Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad cuba bangkit memberi saingan bagi mencari dua gol.

Iklan

Gol dicari Tok Gajah akhirnya dijelmakan Stefano Bruno yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-95 untuk mengikat perlawanan 1-1.