IPOH - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How akan memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadap beliau yang didakwa membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran Selasa ini.
"Pihak polis telah menghubungi saya dan saya akan memberikan kenyataan pada tengah hari Selasa ini di Ipoh," katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Ahad.