AS dan China, mana pilihan hati Malaysia?

Iklan
Gambar hiasan - foto 123RF

[DIKEMAS KINI] Sejak lebih empat dekad lalu, apabila China membuka pintu negaranya untuk negara luar, republik dengan lebih 1.4 bilion penduduk itu mencipta magis dalam ekonominya.

China bukan lagi negara miskin yang latar belakang ekonominya berlandaskan pertanian semata-mata.

Iklan
Iklan

China muncul sebagai satu kuasa besar dari Timur malah kuasa ekonominya menjadikan republik terbesar menjadi rakan dagangan terbesar di 136 buah negara.

Malah pakar ekonomi yang meramalkan ekonomi China bakal mengatasi satu lagi kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat menjelang tahun 2028.

Iklan

Kebangkitan China sebagai kuasa baharu dunia menyebabkan tercetusnya ‘perang dingin’ dengan satu lagi blok besar ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat.

Kedua-duanya tidak mahu mengalah dan lantas secara tidak langsung turut memaksa banyak negara membuat pilihan.

Iklan

Malaysia tidak terkecuali berdepan persimpangan dilema yang sama. Malah dalam temu bual dengan CNN di New York baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berdepan soalan yang sama.

Bagaimanapun dengan pengalaman Malaysia berada dalam Gerakan Negara Berkecuali (NAM) sejak tahun 1970, PM bijak menjawab dan memposisikan Malaysia dalam kemelut geopolitik dunia itu.

Katanya, baik China dan AS kedua-duanya adalah rakan Malaysia. Negara ini tidak berpihak dan tidak harus dipaksa berpihak kepada mana-mana blok kuasa besar.

Sememangnya dasar dan polisi tersebut adalah yang terbaik buat Malaysia dan rantau ASEAN kerana jika tersilap langkah, ia boleh membawa petaka.

Walaupun Malaysia dan banyak negara ASEAN tidak bersetuju dengan Peta Standard China Edisi 2023, tetapi tidak bermakna Malaysia perlu mengajak China bersengketa.

Begitu juga dengan AS, walaupun tidak semua dasar dan polisi luar negara Uncle Sam itu dipersetujui Malaysia, namun negara itu kekal sebagai pelabur nombor satu di Malaysia.

Malah, baru-baru ini AS membuat komitmen pelaburan sehingga RM100 bilion dalam pelbagai sektor sejak 18 bulan lepas.

Bak kata pepatah, ibarat tarik rambut dalam tepung, tepung jangan bertaburan dan rambut juga jangan putus.

Begitulah sebaiknya dasar Malaysia dalam berdepan kuasa besar dunia. Jangan kerana gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati di tengah-tengah.