Kapsul bawa sampel asteroid mendarat di bumi

Iklan
Sampel dari asteroid Bennu yang dibawa pulang pada tahun 2020 oleh kapal angkasa OSIRIS-REx milik NASA. - Foto Reuters

LOS ANGELES - Kapsul angkasa yang membawa sampel asteroid pertama NASA, mendarat di kawasan padang pasir di Utah, sekali gus melengkapkan perjalanan selama tujuh tahun.

Kapsul itu dilepaskan dari kapal angkasa OSIRIS-REx, 100,000 kilometer dari bumi.

Iklan
Iklan

Kapsul dengan payung terjun itu mendarat selepas perjalanan empat jam.

Saintis menjangkakan memperoleh sekurang-kurangnya secawan serpihan daripada asteroid yang kaya dengan karbon, dikenali sebagai Bennu.

Iklan

Satu sudu teh sampel dari asteroid yang sama pernah dibawa pulang oleh Jepun sebelum ini.

OSIRIS-REx memulakan misi angkasa bernilai AS$1 bilion pada 2016 dan ia tiba di Bennu dua tahun kemudian.

Iklan

Kapal itu kemudian mengutip sampel batu dan serbuk dari Bennu pada 2020.

Ketika kapsulnya mendarat di bumi pada Ahad, kapal itu sudah melalui perjalanan sejauh 6.2 bilion kilometer.

Sampel asteroid Bennu akan diterbangkan ke makmal NASA di Pusat Angkasa Johnson, di Houston, Amerika Syarikat. - Awani