Seorang maut, dua cedera kereta terhumban dalam longkang

Iklan
Keadaan di lokasi kemalangan yang menyebabkan seorang maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam longkang di Jalan Star Venue, Taman Tangling Indah, Bukit Mertajam pada Isnin.

BUKIT MERTAJAM - Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Star Venue, Taman Tangling Indah, di sini pada Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada jam 4.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika anggota tiba di lokasi mendapati dua daripada mangsa telah berjaya keluar dari kereta berkenaan dan seorang lagi tersepit di bahagian tempat duduk.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan dan mangsa telah berjaya dikeluarkan pada jam 5.15 pagi.

Iklan

"Dua orang mangsa yang mengalami cedera ringan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Tambahnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.47 pagi.

Iklan