Penyeludup ketum cuba rempuh polis ditahan

Iklan
Nik Ahmad Kamil (tengah) bersama anggota menunjukkan daun-daun ketum yang berjaya dirampas pihaknya Ahad lalu.

JELI- Cubaan dua penyeludup ketum melarikan diri daripada ditahan pihak polis, gagal selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Gemang di sini Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Nik Ahmad Kamil Che Ahmad berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, pacuan empat roda jenis Toyota Rush dinaiki suspek dari arah Lawar ke Jeli ditahan sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di Kampung Belimbing, Batu Melintang selepas dipercayai dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

"Suspek bagaimanapun enggan memberhentikan kenderaan dipandu sebelum memecut laju meninggalkan kawasan berkenaan.

"Berlaku kejar-mengejar antara suspek dan polis. Bagaimanapun tiba di lokasi kejadian pacuan empat roda yang dipandu dalam keadaan berbahaya itu telah merempuh kenderaan polis sebelum terbabas melanggar tiang elektrik," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Nik Ahmad Kamil berkata, suspek yang terperangkap di dalam kenderaan itu berjaya ditahan bersama 2,050 bungkusan plastik lut sinar berisi daun dipercayai ketum yang dianggarkan seberat 400 kilogram bernilai kira-kira RM12,000.