Ketua mafia di Itali, Messino Denaro meninggal dunia

Iklan
Gambar edaran yang diambil dan dikeluarkan oleh Pejabat Akhbar Carabinieri Itali pada 16 Januari 2023, menunjukkan gambar terakhir bos mafia paling dikehendaki Itali, Matteo Messina Denaro di Palermo, berikutan penahanannya pada 16 Januari 2023 di negara asalnya Sicily selepas 30 tahun dalam pelarian. - Foto AFP

ROME - Ketua mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun, telah meninggal dunia, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan agensi berita Itali ANSA pada Isnin.

Ketua Mafia Cosa Nostra Sicily berusia 61 tahun itu menghidap kanser kolon dan dilaporkan dalam keadaan koma sejak Jumaat.

Iklan
Iklan

Pada awal Ogos, Mafioso menjalani pembedahan usus di Hospital San Salvatore di L'Aquila.

Selepas pembedahan itu berjaya, kanser kolon pula menyebabkan kemerosotan kesihatannya, ANSA memetik sumber sebagai berkata.

Iklan

Ketua Mafia yang paling dikehendaki, telah ditangkap oleh unit polis khas di sebuah klinik kanser di Palermo ketika sedang menjalani rawatan dengan nama palsu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran kerana peranannya dalam siri pembunuhan kejam dan pengeboman kereta di Itali.

Iklan

Dia didapati bersalah atas kes pengeboman kereta 1992 yang membunuh pendakwa anti-Mafia Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino. - Bernama