PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengorbankan dua nyawa, minggu lalu.
Muhammad Izzatul Shafik Mozahari membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Aima Nabila Muhammad Azhar.
Mengikut pertuduhan, lelaki yang memakai baju-T berwarna kelabu, sebagai pemandu treler jenis Foton Auman dituduh memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan Yuswar Mohd Uyus, 39, di KM 5.8 Persiaran Utara di sini, pada jam 10.14 pagi, 20 September lalu.
Bagi kes ini, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Amalina Abu Hanifah mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 namun lelaki berusia 29 tahun yang tidak diwakili peguam, merayu kadar berkenaan dikurangkan.
Sebutan semula kes ini ditetapkan pada 25 Oktober depan.
Pada Rabu minggu lalu, Sinar Harian melaporkan, dua penunggang motosikal maut manakala tujuh individu cedera dalam kemalangan membabitkan treler muatan batu pasir di Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini.
Kemalangan ini membabitkan 14 kenderaan iaitu treler, tujuh kereta dan lima motosikal termasuk sebuah motosikal polis trafik.
Dua mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian dikenal pasti sebagai pekerja Pos Malaysia, Faris Haziq dan pekerja di Mahkamah Ampang, Yuswar.
Menurut pihak polis, berdasarkan siasatan awal, pemandu treler itu mendakwa tidak sempat memberhentikan kenderaan ketika melalui jalan berkenaan.
Hasil semakan, polis berkata, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif.