Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya

Iklan
KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila semua mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan pulang ke rumah masing-masing ekoran cuaca baik.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt.Kol. (PA) Che Adam A. Rahman berkata, dengan perkembangan itu empat pusat pemindahan yang masih beroperasi pagi tadi ditutup.

Menurutnya, pusat pemindahan di Dungun ditutup jam 10 pagi tadi manakala di Hulu Terengganu ditutup pada jam 3 petang tadi.