Percaya penyokong PH beri undi kepada Amizar - Yu Man

Iklan
Yu Man

KUANTAN - Pakatan Harapan (PH) Pahang percaya penyokongnya akan memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong pada 7 Oktober depan.

Ahli Jawatankuasa PH negeri, Leong Yu Man berkata, sokongan itu akan menambahkan jumlah undi dan majoriti kepada Amizar bagi mengekalkan kerusi tradisi parti BN itu.

Iklan
Iklan

"Kita ada kepercayaan kepada penyokong PH bahawa mereka mempunyai semangat perpaduan. Walau bagaimanapun kita tidak boleh pandang rendah (mudah) tentang PRK kali ini.

PRK kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila Amizar menentang calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli dan Kasim Samat daripada Perikatan Nasional (PN).

Iklan

PRK Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.

Pada 17 Ogos lalu, Johari antara 10 individu terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Iklan

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Johari menang kerusi itu dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Mengulas lanjut mengenai kempen di Pelangai, Yu Man yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang berkata, kerjasama sepenuhnya diberikan oleh PH untuk mendekati pengundi dan penyokong di kawasan masing- masing.

"Kita (PH) ada penyokong sendiri dan BN pun ada penyokong sendiri, jadi kita berkempen dalam golongan penyokong masing-masing.

"Semangat perpaduan ini diharap boleh memberikan kemenangan pada Kerajaan Perpaduan di DUN Pelangai berdasarkan pengalaman berkempen di DUN Tioman pada tahun lalu," ujarnya.