ABUJA - Sekurang-kurangnya 10 individu terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh Boko Haram di timur laut Nigeria di negeri Borno, lapor Agensi Anadolu pada Ahad.
Organisasi pengganas itu menyasarkan pekerja di ladang, dengan sembilan lagi mangsa diculik, menurut akhbar harian Nigeria, The Punch.
Iklan
Iklan
Sejak kemunculannya pada awal 2000-an, Boko Haram telah menjadi ancaman di Nigeria, mengakibatkan puluhan ribu nyawa terkorban akibat keganasan besar-besaran sejak 2009.
Selain itu, kumpulan itu telah melanjutkan operasi keganasannya ke negara jiran, termasuk Cameroon, Chad, dan Niger, sejak 2015. - Bernama