Tiga cawangan Mydin dipilih promosi kempen anjuran MBSB Bank

Iklan
Tiga cawangan Mydin dipilih untuk mempromosikan kempen anjuran MBSB Bank. FOTO: Bernama.

SHAH ALAM - Tiga cawangan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) dipilih untuk mempromosikan kempen ‘Winners Are Dreamers’ (WAD) dan juga ‘Dare To Dream’ (D2D) anjuran MBSB Bank Berhad (MBSB Bank).

Mydin dalam satu kenyataan bersama berkata, kempen bersempena Liga Kejuaraan MBSB Bank dengan Amateur Football League (AFL) itu bakal melibatkan cawangan Mydin Mall, Mutiara Rini, Johor Bahru, Pasaraya Besar Mydin Tunjong, Kota Bharu dan Mydin Mall Seremban 2.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kempen WAD dan D2D boleh hadir pada 23 dan 24 September di Mydin Mall, Mutiara Rini, Johor; 20 dan 21 Oktober di Pasar Raya Besar Mydin Tunjong, Kelantan; 25 dan 26 November di Mydin Mall Seremban 2, Negeri Sembilan.

"Antara aktiviti menarik yang akan diadakan pada tarikh tersebut adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, persembahan badut, tarian tradisional dan juga permainan’ Super Shot Soccer’,” katanya pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Mydin turut menerangkan, bagi mereka yang berminat untuk menyertai kempen WAD boleh membuka mana-mana produk perbankan MBSB Bank.

Ujarnya, ia termasuk Deposit Bertempoh-i; Deposit Bertempoh Junior-i; Akaun Simpanan M-Junior-i; Akaun Simpanan-i; Pembiayaan Peribadi-i; Pembiayaan Pendidikan-i; Pembiayaan Hartanah-i; Takaful dan e-Wallet.

Iklan

"Kempen D2D pula dibuka untuk peserta di bawah 18 tahun dan boleh disertai dengan membuka akaun simpanan M-Junior-i," ulas Mydin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mbsbbank.com.