Newcastle United dalam kelas tersendiri

Iklan
Eddie Howe FOTO: AFP

KEJAYAAN Newcastle United menewaskan Sheffield United 8-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Bramall Lane menunjukkan motivasi dan mentaliti sebenar The Magpies musim ini.

Bagaimanapun pengendali Newcastle United, Eddie Howe mengakui masih terdapat ruang penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi kelab tersebut.

Iklan
Iklan



"Kami bermula dengan sangat baik dengan mendapat gol lebih awal. Itu membuatkan kami tenang dan bermain lebih bagus selepas itu.

"Ya, kami mempunyai kumpulan yang benar-benar bermotivasi. Ia adalah musim yang panjang untuk kami yang dipenuhi banyak cabaran yang akan datang,” kata Howe.

Iklan

Sean Longstaff meletakkan Newcastle di hadapan pada hasil jaringan minit ke-21 diikuti jaringan Dan Burn (m-31), Sven Botman (m-35).

Separuh masa kedua, Callum Wilson melebar jaringan pada minit ke-56, Anthony Gordon (m-61), Miguel Almirón (m-68), Bruno Guimaraes (m-73) sebelum Alexander Isak melengkapkan kemenangan besar pasukan pelawat pada minit ke-87.

Iklan

Kemenangan itu juga menyaksikan Newcastle menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang mempunyai lapan penjaring berbeza dalam satu perlawanan.