Mesin IPR sudah beroperasi, ada orang sengaja 'off power' - Rafizi

Iklan
Tangkap layar hantaran Rafizi di platform 'X' pada Isnin

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di KTM Bukit Mertajam telah beroperasi seperti biasa

Ia susulan salah seorang pengguna platform ‘X’, Mohd Hanif mendakwa bahawa mesin tersebut didapati tidak berfungsi pada Isnin.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Rafizi berkata, perkara itu sudah pun selesai dan punca kepada berlakunya masalah berkenaan adalah disebabkan tindakan segelintir pihak yang sengaja menutup bekalan elektrik mesin berkenaan menyebabkan ia tidak dapat beroperasi.

"Orang kita kadang-kala terlebih nakal,” katanya dalam siaran di platform X pada Isnin.

Iklan

Pada Mac lepas, Rafizi melancarkan program mesin layan diri IPR dan kerajaan menyasarkan mesin berkenaan dapat diperluas kepada 5,000 penerima di bawah Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) pada tahun ini.

Menerusi inisiatif INSAN, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat yang telah dipilih dan akan menerima sewaan bulanan serta dibayar terus kepada penyedia mesin layan diri antara RM600 hingga RM800 bergantung kepada jenis mesin.

Iklan