Guna PATI jaga sangkar ikan
Iklan
Empat PATI warga Myanmar yang ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.
BUKIT MERTAJAM - Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan di dua buah sangkar ikan pada jarak lebih kurang 2.5 dan 2.7 batu nautika Kuala Kerian oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) awal pagi tadi.
Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, pemeriksaan yang dilakukan jam 2.45 awal pagi itu mendapati empat lelaki warga Myanmar berumur lingkungan 27 hingga 33 tahun telah gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri dan permit kerja yang sah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat APMM Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut.
"Keempat-empat PATI tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah,” katanya ketika dihubungi di sini.
Iklan
Hamizan berkata, pengusaha sangkar ikan diingatkan agar tidak menggunakan pekerja asing tanpa permit yang sah.
Katanya, APMM akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Pulau Pinang.
Iklan
"Kerjasama orang awam bagi menyalurkan maklumat yang tepat adalah sangat diperlukan.
Oleh itu, jika terdapat sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam