Suspek tetak mati budak 11 tahun direman tujuh hari

Iklan
Suspek berjaya diberkas di kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi Ahad.

LAHAD DATU - Suspek kes tetak kanak-kanak berusia 11 tahun sehingga maut pada Sabtu lalu ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr di Mahkamah Majistret Lahad Datu di sini, pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, Mahkamah Majistret memerintahkan tempoh reman terhadap suspek selama tujuh hari.

"Reman selama tujuh hari mulai Isnin hingga 1 Oktober depan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Rohan dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan suspek berjaya diberkas di kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi Ahad.

Menurutnya, suspek dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi melengkapkan siasatan.

Iklan

Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan kanak-kanak lelaki itu maut akibat ditetak rakan kepada bapa tirinya dan mayatnya ditemukan di halaman rumah perumahan pekerja berkenaan.

Mayat ditemukan dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tetakan pada bahagian kepala, leher dan putus pada tangan kiri mangsa.