Pemandu treler mengaku tidak bersalah pandu secara bahaya, korbankan dua nyawa
Iklan
BERITA MOJO 25 SEPTEMBER 2023
Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengorbankan dua nyawa, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.
Iklan
Iklan
Muhammad Izzatul Shafik Mozahari membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Aima Nabila Muhammad Azhar.
Mengikut pertuduhan, pemandu treler itu dituduh memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian Faris Haziq Abu Bakar dan Yuswar Mohd Uyus di KM 5.8, Persiaran Utara pada jam 10.14 pagi, 20 September lalu.
Iklan
Artikel:https://bitly.ws/VBA9
Muzik: Elevate dari bensound.com
Iklan
#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keselamatan diri murid keperluan khas ditingkatkan dalam kurikulum baharu" /><meta itemprop="description" content="Keselamatan diri murid keperluan khas ditingkatkan dalam kurikulum baharu
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan inisiatif aspek keselamatan diri dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) melalui pembangunan kurikulum baharu iaitu Kurikulum Persekolahan Pendidikan Khas 2027.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh, berkata ini kerana KPM berpandangan keselamatan diri murid adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian khusus terutamanya kepada MBPK.
Beliau menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan kesediaan kementerian untuk menerapkan pelajaran mengenai keselamatan diri dalam sukatan pelajaran MBPK.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #KPM #MBPK #kurikulumkhas" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-05T08:50:42.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/XJENq1dAToeRxPp-A/x120" /><meta itemprop="duration" content="P186S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x98mm7o" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x98mm7o"></script>