SHAH ALAM - Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan Festival Budaya Putrajaya 2023 pada 28 September hingga 1 Oktober ini.
Program berlangsung selama tiga hari itu akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya yang akan bermula pada jam 10 pagi hingga 11 malam.
Bertemakan ‘Perpaduan melalui seni budaya’, festival ini akan membawa pelbagai keunikan budaya yang ada di Malaysia untuk tatapan umum.
Kepelbagaian kaum dan keunikan adat resam yang dimiliki Malaysia akan menjadi tarikan pengunjung khususnya pelancong luar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya masyarakat majmuk di negara ini.
Pelbagai aktiviti, persembahan, permainan dan hadiah menarik menanti buat pengunjung yang hadir.
Antaranya, Konsert Gala Dikir Barat Mega Rebana, Putrajaya Culture Fun Run & Gathering, Coffee Republic, Persembahan Pentas Bercirikan Tradisional dan Kreasi dengan Suntikan Semangat Kemerdekaan, Penjagaan Seni (Art Care), Pencungkilan Bakat Seni Budaya, Pameran, Demonstrasi dan Interaktif Seni Budaya & Warisan (Makanan Warisan), Penjualan Produk Kraf, Produk Komuniti, Produk Tradisional (Busana, Senjata, Alat Muzik), Makanan Warisan Dan Seni Visual, Pertandingan dan Kuiz Seni Budaya dan Pelancongan dan banyak lagi.
Jom beramai-ramai kita memeriahkan acara ini pada 28 September hingga 1 Oktober 2023 nanti! Jumpa anda di sana!
#MyMOTAC
#MySeniBudaya
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaTrulyAsia
#FestivalBudayaPutrajaya2023