SHAH ALAM - Polis menjalankan siasatan berkaitan video memaparkan seorang wanita mendakwa dipukul oleh seorang anggota polis yang tular menerusi media sosial pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, semakan dijalankan mendapati kejadian tersebut merupakan video lama yang telah ditularkan semula.
"Siasatan dijalankan mendapati anggota terlibat bertugas di negeri ini dan sedang cuti sakit disebabkan lumpuh separuh badan.
Katanya, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi berkaitan mana-mana salah laku melibatkan anggota atau pegawai polis di negeri ini.
"Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan dan siasatan akan dijalankan secara telus," katanya.
Pada Ahad, tular video menerusi Instagram berkaitan seorang wanita yang mendakwa dipukul oleh anggota polis.
Bagaimanapun, video berkenaan tidak disertakan maklumat berkaitan tarikh dan lokasi kejadian berlaku.