Bos mafia paling digeruni meninggal dunia kerana barah

Iklan
Messina Denaro pernah dilaporkan hilang tanpa jejak pada musim panas 1993. - Foto: Agensi

ROM - Bos mafia Sicily paling digeruni, Matteo Messina Denaro meninggal dunia pada usia 61 tahun di sebuah hospital di tengah Itali, menurut pihak berkuasa pada Isnin.

Messina Denaro menerima rawatan barah kolon ketika dia ditempatkan di sebuah penjara dilengkapi kawalan keselamatan ketat di L'Aquila sebelum dipindahkan ke hospital pada bulan lalu berikutan keadaan kesihatannya semakin merosot.

Iklan
Iklan

Media tempatan melaporkan dia berada dalam keadaan koma sejak Jumaat lalu.

Messina Denaro merupakan salah seorang bos mafia paling kejam di Cosa Nostra dan kegiatan sindiket jenayah itu pernah dipaparkan menerusi filem trilogi, The Godfather.

Iklan

Dia disabit bersalah atas penglibatannya dalam pembunuhan hakim antimafia, Giovanni Falcone pada 1992 dan serangan bom di Rom, Florence serta Milan pada 1993.

Messina Denaro dilaporkan hilang pada musim panas 1993 dan menjadi buruan pihak berkuasa selama kira-kira 30 tahun setelah namanya tersenarai sebagai individu paling dikehendaki di Itali.

Iklan

Dia akhirnya diberkas pada 16 Januari 2023 ketika mahu mendapatkan rawatan untuk penyakit barah dihidapinya di Palermo. - AFP