Ismail Sabri harap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuh

Iklan
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuhkan di universiti serantau dan peringkat global dalam memartabatkan Bahasa Melayu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penubuhan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob oleh Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) bagi memperkasakan Bahasa Melayu di Thailand.

Iklan
Iklan

Menurut Ismail Sabri, kursi itu adalah yang pertama di institut pengajian tinggi di Thailand, khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.

"Ini merupakan satu langkah yang mampu memberi impak besar kepada hasrat untuk memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat ASEAN dan antarabangsa. TGBC dan Rajamangala University Of Technology (RMUTT) Thailand akan berfungsi sebagai hab pendidikan untuk memperluas jaringan Pengajian Melayu dan Ketamadunan di Thailand.

Iklan

"Sememangnya memang impian kita bersama untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa, sekurang-kurangnya di peringkat ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM 2023) bertemakan ‘Melonjak Aspirasi Pengantarabangsaan Bahasa Melayu’ di sini pada Isnin. - Bernama

Iklan