IPOH - Jalan Kubu Gajah-Sumpitan (Jalan A021) yang menghubungkan daerah Larut Matang dan Selama dengan daerah Hulu Perak ditutup selama seminggu berikutan berlakunya tanah runtuh pada Isnin.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan laluan sepanjang lapan kilometer bermula dari Seksyen 25 hingga Seksyen 33 itu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Iklan
Iklan
"Makluman penutupan jalan sepenuhnya di Jalan A021 pada Isnin bermula jam 10 pagi sehingga 3 Oktober (Selasa) jam 11.59 malam disebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
"Laluan alternatif yang menghubungkan Kampung Sumpitan dan Kampung Masjid adalah FT76, FT001, FT3146, A7, A5 dan A113," katanya dalam notis di Facebook jabatan itu di sini.
Tambah kenyataan itu, JKR telah melaksanakan pemantauan dan penyediaan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) sementara.